my background

Monday, September 20, 2010

mengapa aku masih rindu dengan dia

nampaknya dah lama sudah aku tidak update my blog nie..macam hampir 2 minggu kah ...setiap hari aku fikir aku dapat lupakan dengan dia dan berhenti berharap tapi aku memang tidak dapat lakukan .bila aku pejam mata aku ingat dengan dia ? apa semua ini mengapa dia masih muncul di dalam mimpi ku ini..kapan lagi aku boleh berhenti semua ini kapan lagi aku akan henti kan merindui dengan dia ? sudah berapa minggu tidak ada khabar dari dia tidak tahu dia sihat , sakit, sibuk dengan keraj kah? kadang kadang aku ada sms dia dan tanya khabar tapi dia tidak membalas sms dari ku..hati ku terasa sakit ingin aku tanya dengan dia..mengapa kamu buat macam ini dengan aku napa kamu tidak membalas sms saya..hati ku terlalu pedih kerana dia tinggalkan aku begitu sahaja ..dalam masa yang singkat ini aku cuba sudah untuk lupakan dengan dia..di tempat kerja aku buat diri ku sibuk supaya aku boleh lupakan dengan dia kerana aku tidak mau ingat dengan dia takut nanti hati ku menjadi sakit dan sedih ..tetapi aku tidak dapat tipu hati ku..hati ku masih rindu dengan dia..rasa mau dengar suara dia dan manja dengan dia ..! betul kata kawan ku hati kita ada 100% ..tapi 99% aku merindui dengan dia dan 1% itu aku berhenti berharap dan berhenti merindui dengan dia ..! bila lar hati ku akan pergi jauh dari dia..kalau aku jauh dari dia aku takut dia akan mencari aku kembali kepada sisi dia.! berapa lama aku harus tunggu jodoh itu dengan dia ..! adakah semua ini satu ujian dari tuhan kah? setiap hari , setiap saat, setiap masa aku tidak pernah berhenti merindui dengan dia ..! setiap saat, setiap minit, setiap waktu, setiap hari aku menantikan dia akan sms dengan aku..handphone ku tidak pernah aku tinggalkan..pergi mana saya pun membawa kerana aku harap dia akan memberi aku harapan ..!selama ini aku tidak pernah rasa sakit hati dan luka di hati kerana kamu pergi tanpa beritahu dengan aku..! adakah aku sudah jatuh hati dengan dia ? kalau aku di beri peluang lagi ..akan saya hargai dan saya akan luahkan perasaan ku terhadap dia ..! pertama kali kita jumpa kamu telah membuat hati ku terjatuh cinta dengan kamu..! bila waktu kita singkat kamu telah tinggalkan aku seorang diri ..pernah kah kamu fikir macam mana hati ku ini..! mengapa semua ini tidak akan berakhir begitu sahaja ..mengapa aje aku selalu mengingat dengan kamu..sejak bila aku akan berhenti merindui dengan kamu.! mengapa setiap kali aku merasa kamu berada di sisi ku ..! mengapa kamu masih belum muncul mengubati rindu ku , hati ku yang sedang terluka ..! kamu dengar kah apa yang aku cakap..kamu faham kah apa hati ku ini berkata ..! bila lar kamu akan kembali ke sisi ku dan menjaga dengan aku.bila bila bila bila..! mengapa suara kamu selalu berada di bisikan telinga ku..mengapa mengapa mengapa..mengapa aku harus menjadi begini..bila hati ku akan menjadi macam dulu ..bila aku akan menjadi tabah ..bila aku akan berhenti segala ini..! aku tidak bisa melupakan dengan aku..tapi aku akan cuba untuk lupakan dengan kamu..tapi aku tidak dapat berhenti mencintai kamu..! saya harap suatu hari kamu akan kembali ke sisi ku..harap suatu hari kamu akan memberi harapan untuk aku..!aku sentiasa merindui dengan kamu...

Friday, September 10, 2010

cinta itu tak terlihat

kenapa kita menutup mata, ketika kita tidur? ketika kita menangis ? dan ketika kita membayangkan ?? itu kerana hal terindah di dunia ini tidak terlihat .. ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya sejalan dengan kita. kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan cinta. ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan . orang orang yang tidak ingin kita tinggalkan . tapi ingatlah , melepaskan bukan akhir dari dunia , melainkan awal suatu kehidupan baru kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis , mereka yang tersakiti , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba . kerana merekalah yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka cinta yang agung adalah ketika meneteskan air mata dan masih peduli terhadapanya , adalah ketika dia tidak mempedulikan kita dan kita masih menunggunya dengan setia . adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kita masih bisa tersenyum sembari berkata " aku turut berbahagia untukmu" apabila cinta tak terhasil bebaskanlah dirimu, biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi. ingatlah , bahawa kita mungkin menemukan cinta dan kehilangannya tapi ketika cinta itu mati , kita tidak perlu mati bersamanya ..

Tuesday, September 7, 2010

mengapa semua berakhir macam itu sahaja

napa tuhan nak wujud aku di dunia ini dan napa tuhan nak datangkan sebuah cinta ? bila tuhan memberi aku dengan dia satu jodoh kini tuhan nak pisah kami semua ini apa maksud ? ya allah tolong aku dan kuat kan hati ku yang lemah ini..kerana aku tidak sanggup untuk menghadapi seorang diri ini..! mengapa dia datang dan pergi begitu sahaja..tanpa berkata lalu tinggalkan aku seorang sahaja..mengapa sungguh kejam ..betul kata orang cinta itu ada manis dan juga pahit..! kini dia sudah tinggalkan saya seorang diri..ingin ku mendengar suara dia pun amat sukar bagi saya . jangan dengar suara , setakat sms pun amat payah ..napa saya harus berakhir macam itu sahaja adakah ini adil buat saya ..awak sakit hati ku dan pergi begitu aje ? apa yang kamu nak sebenarnya..! saya mahu benci kamu kerana main perasaan cinta ku..tapi ku ingin bagitahu kamu saya tidak sampai hati benci kamu sedangkan ku rindui dengan kamu..! setiap kali saya mengharap ada satu sms ? tetapi setiap hari hati ku hampa kerana tidak menjadi kenyataan ..sekarang kamu nak jauh kan dari saya dan kamu off sudah handphone kamu atau kamu sengaja tidak on atau kamu dan tukar number baru kerana tidak mahu saya mencari kamu dan menganggu hidup kamu? kalau kamu tidak mencintai kamu harus katakan dan jangan membiar orang tunggu harapan itu? mengapa lelaki sangat ego ? mengapa lelaki suka main perasaan perempuan ..saya tidak menyesal kerana awak telah memberi saya 1 memori yang indah sebelum kamu tinggalkan saya ..! kini kamu nak berjauhan dari saya ..saya akan restui ..saya akan jauhan dengan kamu juga , saya cukup sedih , pilu, sakit hati , ingin aje mengalir air mata ? berbaloi kah ? minta maaf kerana aku kena pergi dari hidup kamu..mungkin kita sudah ditkadirkan tuhan mungkin saya bukan jodoh kamu? mungkin kita tidak serasi ..tapi saya harap awak sedar suatu hari apa itu erti cinta..bila kamu sedar bahawa apa itu cinta..saya tidak akan mengharap lagi kamu akan kembali ke sisi saya ..kerana pintu hati ku akan tertutup buat mu..! sudah berlalu saya tidak mau mengulang lagi perkara yang sama ..! tolong lar jangan memberi aku harapan ..lupakan aku aje ...! aku mati atau hidup tidak ada kaitan dengan kamu..kita sekarang dah berakhir segalanya ..izinkan aku pergi ..relakan aku pergi ..

Saturday, September 4, 2010

warkah cinta terakhir

saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya .tapi, pertama kali saya bertemu awak,hati saya terus terpaut.demi tuhan,saya tidak tahu kenapa, tapi itulah kebenarannya saya telah menolak awak, tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak, awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan . dan, awak berjanji saya bukan salah seekor rama rama perhiasan di dinding kamar tidur awak. hanya dengan sebuah renungan , saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak . saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak. dan di saat saya mencintai awak, saya telah jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. lemas dan hampir tenggelam di dalam lautan kasih sayang , seribu impian dan saya mula terpikir , saya mengembara ke hujung dunia , mencari awak, rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu. bagai merpati putih cinta saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. nyata saya tidak menemuinya . tapi akhirnya , bila awak telah memiliki cinta saya , awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam . di sana saya tidak mampu melihat cahaya . awak berikan saya harapan , dan akhirnya awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam. saya sedih sangat , bila awak kata awak tidak tahu apa yang sebenarnya awak cari. tapi jauh di sudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar jatuh cinta pada seseorang . jadi , selama ini siapa saya di hati awak? adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menyintai saya? siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati? siapa yang mengajar saya cinta itu memmerlukan pengorbanana? siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri? awak! awak mungkin jenis lelaki yang boleh menyintai ramai perempuan berkali kali . tapi saya pula seorang perempuan yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 lelaki , 1 cinta, dan 1 perkhawinan kita hidup sekali , mati sekali dan menyintai sekali . melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada . jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak . jangan . bagaimana harus saya bencikan awak , sedangkan setiap hari , saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada di sisi saya . di setiap saat saya mengingati awak. seumur hidup ini saya mencintai awak . sebelum saya menghilang diri dari dunia awak , saya ingin nyatakan sesuatu , yang tidak pernah awak tahu. kalaulah awak bertanya kepada saya . sedalam mana saya cintakan awak. inilah jawapan saya : "kalau suatu hari , awak kehilangan suara , saya akan memberikan suara saya , agar awak dapat bersuara semula . meskipun waktu itu , saya akan bisu buat selamanya" "dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awak dapat hidup untuk selama lamanya . meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini . semuanya untuk awak , tapi satu sahaja yang tidak akan awak dapat dari saya sebelum awak menikahi saya, seseorang pernah berkata " if you really love someone , then let that person go .if that person is meant for you, than that person will come back to you evebtually . but if that person does not , then that person was never meant for you , in the first place" kerana saya mencintai awaklah saya melangkah pergi , demi kebahagiaan awak. saya berdoa supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak mencari cari . supaya suatu hari awak akan memahami apa erti cinta yang sebenar . supaya suatu hari , awak akan dapat mengetahui , bagaimana rasanya terlalu mencintai seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya .saya percaya pada tuhan yang mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah di sebalik semua ini dan saya tidak akan menyoal .saya juga tidak pernah kesal sekurangnya sepanjang mengenali awak, saya juga percaya , andai benar kita punnya jodoh , awak akan kembali pada saya , itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya , saya percaya , mungkin itu yang terbaik..

Friday, September 3, 2010

mengapa hati ku mengharap dia lagi

ingin aje aku berhenti bernafas di saat ini ..napa tuhan nak menguji diri ku ini lagi ..napa tuhan nak wujud percintaan ini dan napa tuhan nak wujud juga persahabatan ini? apa semua ini ? saya masih tidak faham dengan hidup manusia ini ? mengapa manusia kena menghadapi semua ini ? adakah semua ini adil ? mengapa aku masih merindui dengan dia ..sedangkan dia telah lupa dengan saya . mengapa saya harus tunggu dia , sedangakan dia pergi jauh dari ku . mengapa saya harus ungkapkan cinta , sedangkan dia tidak mendengar . mengapa aku selalu ingat dia , sedangkan dia telah lupa siapa saya . mengapa saya masih mengharap dengan dia , sedangkan dia berhenti berharap . mengapa aku harus menangis bila dia pergi , sedangkan dia pergi dengan senyuman . mengapa setiap hari aku tunggu sms kamu, sedangkan kamu langsung tidak membaca .. tetapi bila hati ku rasa pilu mengapa kamu tidak mengubati hati ku ini sedang luka ..kamu tahu tak betapa aku mengharap kamu membalas cinta ku . kamu tahu tak aku rindu suara kamu dan wajah kamu ..tetapi semua berakhir sudah ..segala itu semua sudah tidak wujud ..mengapa cinta ku bagai satu mimpi..bila ku sedih kamu pujuk dengan aku , bila aku menangis kamu datang memberi aku satu pelukan , bila aku sakit kamu menjaga dengan saya , bila aku ada masalah kamu setia mendengar , bila aku dalam kesusahan kamu datang dan menolong saya ..aku memang rasa bahagia kerana ada orang sayang saya , cinta dengan saya .. tetapi bila aku di kejutkan lalu aku bangun rupannya semua adalah satu mimpi ..mimpi yang indah tetapi tidak pernah wujud di hati saya ..! betapa pedih bila aku tengok bayangan dia , bila aku rindu ingin sahaja aku mendengar suara dia ..bila aku ada masa ingin aje aku mau cakap dengan dia .! mengapa dia pergi jauh dari hati ku dan tidak memberitahu aku ..mengapa dia nak memberi kau harapan lagi ..mengapa dia mau menjadi sinaran cahaya saya .! bila aku dalam kegelapan dan dia terangi hidup ku dan membawa aku pergi dari kegelapan itu ..tetapi mengapa dia tidak membawa aku pergi dari hidup kamu ? mengapa dia mau jadi pelindung saya ..semakin hari semakin kuat rindu itu wujud adakah dia tahu saya sedang rindu dengan dia ..! perlukan aku bagitahu dia tolong jangan jadi pelindung saya . tolong jangan jadi sinaran cahaya saya ..kerana aku tidak perlu semua ini ? ingin ku bagitahu dia tetapi tidak berani nak mengucap? adakah hati ku masih membuka untuk dia ? adakah kunci masih menyimpan untuk dia ..? mengapa kita nak berkenalan ..alangkah bagus kalau kita tidak kenal ,sampai sekarang saya tidak akan derita ini? bila saya mula jatuh cinta dengan kamu dan kamu pergi jauh sudah ..belum sempat aku beritahu kamu aku suka dan cinta dengan kamu dan kamu pergi dan tinggalkan aku seorang diri ini..! satu kesedihan dan kesakitan adakah kamu dapat rasa hati ku sedang luka kah? perlukan aku berhenti semua ini dan anggap ini hanya satu mimpi ..tuhan tolong lar bangun kan saya dan jangan membiar dia sesekali masuk ke dalam mimpi ku ..tuhan tolong lar kuat iman ku ini kerana aku akan lemas kalau berterusan macam itu ..kerana hati ku makin terluka kalau asyik merindui dengan dia ..cinta saya akan berakhir begitu sahaja..tuhan tolong lar aku ..ya allah ...