my background

Friday, January 27, 2012

masih mengharap pada cinta


tinggalkan aku seorang diri untuk menjadi penantian sebuah cinta ? tinggalkan aku seorang diri untuk menghadapi segalanya .. apa maksud semua ini?

orang kata cinta tidak boleh dipaksa kalau insan itu tidak mencintai kita lagi , kita harus lepaskan dia pergi walau hati kita tidak mengharap akan lepasakan cinta itu pergi ?

sulit betul kah cinta antara kita berdua , sukar betul kah untuk memahami antara satu sama lain ..Ya Tuhan ku seandainya ku di beri peluang untuk sekali aku akan membaja cinta itu supaya menjadi subuh ... kadang kadang cinta ini sebagai permainan.. dalam permainan ada menang dan ada kalah juga ....

tapi kenapa setiap kali aku yang kalah dalam percintaan ini .. adakah diri ku tidak layak untuk memiliki cinta itu dengan sempurna .. kenapa setiap kali aku harus memiliki cinta yang rapuh dan juga retak ? sejujurnya pada diri ku .. mulut kata tidak akan menyimpan perasaan rindu itu kepada insan yang menghancurkan hati ku , tapi hati asyik merindui dengan dia asyik risau tentang dia ... Ya Tuhan kuatkan Iman ku lagi untuk merempuh segala dugaan dan derita ini?

aku seorang insan yang kerdil tidak memiliki apa apa di dunia ini .. apalagi cinta ? selalu aku menunggu kamu bersms kepada aku , aku selalu mengharap kita ada peluang lagi untuk pulih cinta itu .. kini segala telah hilang dan lenyap dan tidak ada sedikit peluang lagi untuk kita berdua .. kerana hati kamu telah beritahu aku bahawa kamu tidak pernah menyimpan perasaan rindu itu kepada saya .. Ya Tuhan sakit hati ku saat aku mendengarnya dia mengucap begitu ..

aku ingin menangis sekuat hati kenapa ada gadis yang bodoh masih menyimpan perasaan rindu dan cinta terhadap seorang insan yang sudah tawar hati terhadap aku .. dia lah cinta ku dan aku berharap dia akan jadi milik ku di hayat ku akan datang .. tidak sangka cinta itu hanya satu singgahan di dalam hati ku .. dan cinta dia hanya menumpang di dalam hati ku .. bila dia jumpa orang yang dia cinta , dan insan itu akan tinggalkan aku seorang diri dan biarkan hati ku berdarah dan terluka ... sungguh perit rasa itu... sungguh kejam betul cinta itu ...

setiap detik dan waktu aku masih merindui dengan dia .. setiap malam aku dakap bayangan dia ke dalam pelukan ku .. Ya Tuhan berikan aku rasa kasih sayang dari insan itu , lembutkan hati dia dan sentuhkan hati dia .. aku tidak dapat buat apa apa selain Maha Tuhan yang dapat mengubah segala hidup ku yang derita ini .. Ya Tuhan aku sanggup hidup derita ini dan aku sudah bersedia menerima segala hukuman yang Tuhan berikan .. tapi aku mohon pada Mu Tuhan tolong jangan Tuhan hukum aku oleh cinta ....aku tidak sanggup untuk di uji dan di hukum begitu ..

sudah lama insan itu tinggalkan aku , kini hati ku menjadi sunyi dan kosong tidak ada lagi kenangan di dalam memori ku lagi . semua telah hilang dan semua itu menjadi abu .. tidak dapat mencari balik segala itu yang telah hilang .. waktu dia tinggalkan aku hati ku menjadi sayu... jauh di sudut hati ku ini kerana masih mengharap lagi kepada insan itu yang hancur segalanya di dalam hidup ku ...apa lagi aku harapkan ... di mana lagi aku ingin sandar waktu aku sedih , dan di mana lagi aku harus mengadu dan di mana lagi aku nak curahkan kasih sayang ku .. di mana lagi

mungkin insan itu telah tahu betapa sakit hati ku dan betapa pilu hati ku ... kalau saat aku pergi jauh dari dia dan aku akan beritahu dengan dia aku dah lama maafkan kamu , aku tidak pernah menyimpan perasaan benci , marah dan geram di dalam hati ku .. sedangkan hati ku merindui kamu , mencintai kamu dan sayang pada kamu , ke mana lagi aku nak benci kamu , marah kamu dan wujud perasaan geram .. kalau aku pergi jauh jangan sesekali tanya ke mana aku pergi ?

kerana aku akan sentiasa berada di sisi kamu dan sinar kamu dari atas .. dan aku akan selalu mendengar doa kamu dan akan tunaikan segala permintaan kamu itu . mungkin aku tidak dapat membalas kasih sayang yang pernah kamu curah kepada saya , tapi hanya Tuhan sahaja yang dapat balas segala itu .. aku ingin beritahu kamu , aku masih sayang pada kamu dan rindu pada kamu ....walaupun hati telah dihancurkan .. aku sanggup jadi penantian kamu ..

hati ku masih tertutup dan hati ku belum lagi bersedia untuk membuka kerana kunci kamu telah buang jauh jauh entah hilang ke mana .. ke mana lagi aku harus membuka pintu hati ku .. kalau kamu dengan aku dijodohkan kita akan bertemu kembali , kalau kita tidak ada jodoh aku redha dengan segalanya yang dirancangkan dan ditakdirkan ...

aku tidak berani nak mengharap tapi aku harap semua ini telah dirancang oleh Tuhan . dan aku bersedia untuk menghadapi .. kalau aku dijodohkan akan dilukai kali ke 2 dan saya sudah bersedia .. Tuhan datang lah pada ku saat aku sedih ... datang lah dengar suara hati ku ini yang cukup pedih sekali ... berikan aku tunjuk ajar kamu Ya Tuhan ... aku mohon maaf seandainya ada salah silap ku selama aku dilahirkan sehingga aku di besarkan ... tolong halalkan segala perbuataan ku ... seandainya aku pernah luka hati insan ku tolong halalkan ...