my background

Saturday, March 10, 2012

i miss u

perkataan rindu ini apa sebenarnya ? apa makna dan apa erti ini tentang perkataan ini .. bukan kah rindu ini banyak makna dan juga erti .. bila aku teringat insan itu boleh dikatakan rindu pada dia ...bukan mudah untuk lepaskan rasa rindu ini.. sulit betul untuk lepasakan rindu ini pada insan yang aku kenang selama ini ....

walaupun aku tidak akan menjadi milik dia .. kerana dia mempunyai hidup yang bahagia.. tapi aku harus lupakan dengan dia .. aku sudah mula untuk belajar lupa pada dia .. tapi sukar untuk aku melalukan .. setiap malam aku pejam mata , bayangan dia akan muncul dalam mimpi ku ini .. kenapa aku harus hadapi ini .. apa salah silap ku sehingga menghukum aku macam itu ....

mulut mampu untuk katakan lupakan dengan dia , tapi hati tidak sampai hati nak padam nama dia yang pernah terukir di dalam hati ini ... hati ku masih simpan nama kamu masih simpan dalam bayangan kamu . kamu yang membuat aku gila untuk merindui kamu ... sukar untuk aku lepaskan tangan ku dan sukar untuk aku lupakan kamu ... betul betul sakit aku dibuat oleh kamu

aku masih pening untuk fikir apa hubungan kita sebenarnya ... hubungan kita bagai renggang sudah ? kamu anggap aku kawan , atau pun bahan mainan kamu ...aku ingin tahu siapa yang ada dalam hati kamu .. tapi aku sudah tahu jawapan dari kamu sebenarnya....dalam hubungan cinta ini harus wujud kepercayaan dan juga kejujuran .. tanpa kepercayaan dan kejujuran sukar untuk meneruskan hubungan ini ...

berapa lama aku nantikan kamu untuk lafazkan kata kata cinta kamu , tapi kamu tidak tunaikan untuk saya ... kenapa kamu tidak pernah tanya tentang saya , kenapa kamu tidak caring me , tapi kenapa kamu tidak lepaskan aku ... waktu kamu dengan gadis itu. pernah kamu fikir macam mana perasaan ku .. pernah kamu terfikir aku telah dilukai oleh kamu .. hati ku telah terguris oleh kamu .. apa kamu mahu sebenarnya ... apa kamu mahu dari saya sebenarnya ....

cukup lah kamu berada di dalam hidup ku ini .. berikan aku masa untuk berfikir dan juga berehat .. hati ku cukup sakit dan terseksa buat kamu .. berikan aku ruang untuk bernafas sekali lagi .. tolong lah jangan ambil kisah ku lagi .. aku ada dengan hidup ku dan kamu ada dengan hidup kamu ... cukup lah.. dan hentikan sahaja ... aku sudah tidak larat ... cukup lah...biar hubungan kita leraikan begitu sahaja..