my background

Sunday, August 12, 2012

cinta ku hilang

begini lah erti sebuah percintaan .. kadang kadang ingin kita memiliki ... kenapa sungguh kejam dalam sebuah percintaan ini .. kenapa setiap kali orang tangisi kerana cinta . menangis kerana mengakhir sebuah cinta yang pernah menjadi mimpi dan pernah menjadi sebuah cinta tidak boleh aku lupakan .. tapi sekarang harus kah aku lupakan kamu dalam setiap detik detik kita pernah bersama ...memori kita berdua harus kan aku hapuskan atau harus aku simpan dalam hati ku ini ... 

bila kamu pergi dan tinggalkan aku seorang maka aku hanya mampu berdiri dan melihat kamu pergi dan tinggalkan aku seorang diri .. betapa pedih dan perit hati itu merasa tapi apa daya ku untuk panggil kamu jangan tinggalkan aku .. apa hak ku untuk membuat semua itu .. aku muncul dalam hidup kamu hanya satu hiasan sahaja hanya seorang teman kawan kamu sahaja .. kamu tidak pernah sesekali untuk anggap aku seorang gadis pujaan hati kamu , seorang yang boleh mencuri hati kamu .. dan seorang yang boleh sandar bahu kamu ... inign aku menjadi puteri kamu dan aku ingin kamu menjadi putera saya ... 

mampu kah hati ku akan jadi tabah kembali kah .. mampu kah kamu akan hilang dalam ingatan saya kah .. mampu kah aku akan lupakan kamu dalam masa yang terdekat ini.. mampu kah kalau kamu muncul di depan mata ku dan aku tidak akan mengalir setitis air mata ... di sini aku beritahu pada kamu .. aku tidak mampu untuk lakukan semua itu .. macam mana hati ku menjadi tabah sedangkan bayangan kamu masih ada dalam hati aku ... macam mana aku nak hilang ingatan sedangkan aku kenangan tersemat dalam hati ku ... macam mana saya nak lupakan kamu dalam masa yang terdekat sedangkan aku sering rindu pada kamu ...macam mana aku tidak tangisi sedangkan hati aku luka , hati aku pedih , hati aku sakit ... 

bila kamu tidak membalas sms ku maka hati ku mula risau kamu dan juga mula takut kehilangan kamu .. tapi aku tahu siapa diri ku sebenarnya bagi kamu ... tidak ada makna pun bagi kamu .. aku hanya gadis yang tidak memiliki apa apa pun ... aku doa kamu bahagia itu sahaja yang mampu untuk aku mengucap walau hati tidak rela .. tapi aku terpaksa diri ku .... hati kamu tidak akan menjadi milik ku .....anggap lah aku yang tepuk sebelah tangan ... walau hati ingin katakan aku mencintai kamu dan jangan pernah tinggalkan aku seorang diri ini ... kini kamu telah tinggalkan aku begitu dan pergi tanpa sebab... 

mungkin kamu tidak pernah merasa macam mana hati seseorang manusia rapuh .. kini hati ku rapuh dan retak kerana diri ku tidak boleh lupakan kamu begitu sahaja.. kamu masih ada di dalam hati ku walau nama kamu yang tinggal ... kini aku pulangkan hati itu kepada kamu .. serah lah hati kamu kepada puteri kamu yang sebenarnya ... jadi lah seorang putera ... putera dan puteri baru pasangan yang ditakdirkan ....andai kamu dah khawin maka aku akan doa kamu bahagia ...