my background

Friday, July 20, 2012

berhenti Berharap .....








apa itu erti cinta .. apa itu erti sayang .. apa itu cemburu ... kenapa soal begini sering mengusik minda dan juga jiwa ku ini...setiap detik aku tidak pernah berhenti nak merindu pada kamu .. tidak pernah rasa jemur untuk berdepan dengan kamu .. kenapa hati aku rasa pilu begitu ... kerana kamu telah lupakan siapa saya sudah kah? aku mencintai kamu tapi aku tidak berani nak luahkan perasaan aku ini ...


mungkin aku telah jatuh cinta pada kamu sudah .. mungkin aku jatuh minat pada kamu sudah .. mungkin aku terjatuh dengan kamu sudah ... adakah ini mimpi adakah semua ini hanya satu mimpi yang indah hanya muncul sekelip mata sahaja kah... adakah kamu akan tinggalkan aku seorang diri di sini.. aku telah kalah sebenarnya ... aku tidak milik apa sebenarnya ... dalam hati kamu , aku hanya insan yang biasa sahaja di depan mata kamu .... mungkin kamu menganggap aku sebagai sahabat rapat kamu ....

maka kamu tidak tahu hati perempuan senang diusik , senang merasa cemburu , mudah merajuk dan suka bermanja ... kenapa kamu tidak menghirau aku .. saat aku sedih maka kamu tidak tahu ke mana .. aku perlukan kamu tapi di mana kamu berada ... betapa sakit dan pilu hati aku untuk menjalani hari hari yang tidak bermakna bagi saya ... hati ku telah tersentuh dengan cara kamu layan aku ....

saat kamu diam aku mula cemburu .. cemburu kerana kamu layan kekasih kamu dan lupakan aku ... sakit hati ku kerana terkena panah oleh kamu .. kamu bersenang maka aku yang sedih untuk menanggung kesedihan itu ... pernahkah kamu layan aku dengan bagus dengan mesra .. kamu anggap aku hanya ur friend itu sahaja ....

setiap hari setiap detik aku jadi penunggu kamu nantikan kamu sms dengan aku dan call dengan aku .. 1st kamu lakukan buat saya tapi kini langsung hilang sudah... aku merindui kamu ke mana aku nak mencari bayangan wajah kamu ..saat aku rindu ke mana aku nak cari suara kamu untuk mengubati luka ku ini ke mana lagi aku harus mencari ... cukup sakit aku rasa .. cukup sedih aku rasakan sekarang ...

aku sudah putus asa untuk mencintai kamu lagi .. cukup sakit dan ingin aku menagis sekuat hati ... aku sungguh gembira walaupun berkenalan hanya untuk seketika sahaja .. tapi cukup puas bagi saya ... mula saat ini aku tidak akan nantikan kamu lagi ... aku tidak akan menjadi penunggu setia buat kamu ... makin aku tunggu kamu makin luka hati aku ..


Wednesday, July 11, 2012

aku tetap muncul dalam mimpi kamu




kini baru aku tahu apa isi hati aku fikir .. rupanya aku telah jatuh hati pada dia .. seorang insan yang tidak akan jadi milik ku kerana aku hanya tumpangan di dalam hati dia .. dan aku hanya dapat muncul di dalam mimpi dia .. aku hanya bisa wujud dalam ingatan dia sahaja .. kenapa aku tidak dapat nak muncul dalam hidup dia dan juga di depan mata dia ... sukar untuk aku luahkan dalam isi hati ku ini ...

ya saya mengaku saya memang ada perasaan cinta itu dengan kamu .. kalau boleh saya tidak mahu jadi teman sms sahaja .. kalau boleh saya mahu jadi teman di sisi kamu bila kamu perlukan saya .. saya tidak mahu jadi kawan kamu tapi saya mahu lebih dari kawan ... tapi aku harus akur kerana kamu tidak akan jadi milik ku sekali pun.. sedih tetap sedih dan sakit tetap sakit juga ...

aku tidak berani nak katakan aku cintai kamu dan aku rindu pada kamu .. kerana aku takut hati ku terluka lebih parah dari saya sangka ... biar lah kita jadi macam itu walau hati aku tidak sudi langsung begini cara kamu kekal untuk selama lamanya .. mungkin aku bukan bakal isteri yang kamu pilih tapi hati aku tangisi kenapa sungguh kejam perkenalan kami berdua ini .. kenapa Tuhan nak wujudkan aku dan juga kamu .. kenapa Tuhan nak takdirkan aku bertemu dengan kamu ...

salah siapa , salah diri atau salah Tuhan .. tapi kita tidak boleh salah pada Tuhan .. kerana Tuhan yang mencipta manusia apa lagi lelaki dan perempuan juga Tuhan yang cipta ... maka kasih sayang dan cinta juga Tuhan yang mencipta .. Tuhan cipta cinta itu sesama manusia ... cuma manusia yang salah faham untuk mencintai ... hanya Tuhan yang salah mengerti dan semua salah manusia yang wujud dengan perasaan salah faham .....

ya mungkin di alam dunia ini aku tidak dapat milik kamu .. tapi jangan lupa kita sesama anak kepada Tuhan bila masa dan waktu telah tiba maka aku dengan kamu akan balik ke rumah papa kita di atas syurga .. mungkin Tuhan akan jodoh kan kita berdua... mungkin jodoh kita di atas syurga yang akan datang .. Amen 

setiap saat dan setiap waktu aku tidak pernah berhenti nak berdoa dan berhenti ingat kamu.. kenangan dan memori telah simpan dalam ingatan ku ini tersemat dia dalam sanubari saya ....aku cuba untuk lupakan tapi makin aku ingin lupa makin terseksa jiwa dan perasaan saya .. adakah ini suratan takdir supaya halangan diri ku untuk padam segala kenangan kita berdua pernah mengalami ...saya cukup puas hati kerana aku masih ada orang yang sayang dan menjaga diri ku ini .. Syukur pada Tuhan ... 

tanpa Tuhan mungkin kita tidak akan bertemu .. walau aku terlambat mewujudkan diri .. tapi aku tidak rasa menyesal .. kerana Tuhan ada kehendaknya  kita bertemu dengan secara yang tidak mengizinkan..,terima kasih atas niat kamu .. Ya Tuhan terima kasih kerana Tuhan yang wujudkan seorang insan ini kepada saya hanya untuk seketika .. Tapi Tuhan saya percaya pada Tuhan , walau aku tidak dapat milik dia tapi Tuhan akan mengizinkan aku dengan dia bertemu kembali di atas syurga dan juga akan khawin di atas syurga dan di depan mata Yesus kami bersumpah ...

Amen aku ucapakan .. mudah mudahan hajat ku dikabulkan oleh Tuhan ... walau sekuat mana hati ku tidak dapat nak lepaskan dia .. tapi saya Tahu Tuhan sedang menguji kesabaran saya ... Tuhan saya akan tabah hati ku dan kuat juga hati ku ini untuk menghadapi segala halangan dan juga rintangan ... saya maafkan kalau ada salah silap Hamba mu selama ini... hati ku telah terbuka buat Mu Yesus ...