my background

Monday, August 27, 2012

aku masih mencintai dia



terhenti sudah cinta ku pada dia .. terhenti sudah air mata ku , terhenti sudah kenangan kita dan terhenti sudah kita bersama sama lagi ... aku tidak yakin pada diri ku sama ada aku masih mencintai pada kamu atau tidak.. saya pun tidak tahu sama ada tawar sudah kah perasaan ku terhadap kamu nie .. mungkin terlalu banyak kamu luka hati ku sehinggan aku tidak ada perasaan sakit itu .. dan perasaan itu mula menjadi tawar bagi aku sudah .... mungkin sering kali aku diabaikan oleh kamu dan sudah menjadi satu kebiasaan aku hidup seorang diri ... jadi bila kamu katakan aku rindu kamu.. maka aku macam tidak ada apa apa perasaan terikut merindui kamu pun.. maafkan saya ....


kadang kadang cinta itu manis dan juga pahit .. dalam percintaan ini ada kenangan terindah .. kadang kadang hati penuh dengan luka dan mata penuh dengan air mata menitis ... bukan mudah untuk lupakan kamu biar sukar macam mana harus kuat hati ini untuk melawan perasaan itu sebenarnya ... banyak kali gagal dalam cinta , jadi ambil lah isitlah ini sebagai pengajaran ... belum merasa macam mana nak matang dalam percintaan ini...

hari ini jawapan aku ingin tahu maka sudah pun terlerai sebenarnya ... walau soalan yang aku kemukan itu dan dia menjawab soalan itu agak pedih hati ku merasa kerana jawapan itu bukan yang saya mahukan dari dia .. tapi andai itu jawapan dia aku harus akur dan pasrah ... hanya dia beritahu aku ... dia lebih risau teman kekasih dia dari aku .. walau itu bukan saya ingin mendengar tapi aku pasti diri ku bertahan dan jangan menitis air mata itu bernilai dan berharga di depan mata Tuhan .... saat itu hati ku menjadi sangat sakit macam kena pisau merusuk ke dalam hati ku .. berdarah dan sakit dan pedih rasa itu ...

ya aku mencintai pada kamu .. aku rindu pada kamu dan aku ingin kamu dalam pelukan saya sangat aku sunyi dan sepi .. saat itu ke mana kamu pergi .. mesti kamu bergembira dengan kekasih kamu ... sekuat mana hati perempuan akhirnya akan terluka.. bila hati seseorang itu teluka kena mengambil masa yang agak lama untuk sembuhkan dan kena mengambil waktu untuk pulihkan ... hati perempaun ini boleh pedam rasa cintai itu tapi hati perempuan tidak boleh pedam rasa cemburu itu ....

apa daya ku untuk merungut semua ini , apa daya ku untuk bisik semua ini , dan apa daya ku unutk luahkan perasaan ku ini .. siapa yang tahu perasaan ku sekarang .. siapa yang akan mengerti dan memahami hati gadis.. sudah menjadi satu kebiasaaan di tinggalkan seorang diri , kebiasaan di luka oleh insan yang bergelar lelaki ... dan sudah menjadi kebiasaan air mata itu mengalir tanpa henti selagi masih kenang dia ...

haruskan aku lepas tangan aku ini .. harus kah aku tinggalkan semua kenangan ini lalu pergi jauh dari dia ... maafkan aku .. aku ingin pergi jauh dari kamu .. biar lah hati yang rasa sakit ini.. ya aku pura pura buat diri ku ini kuat .. aku sengaja nak buat macam itu .. kerana aku ingin mengucap ribuan terima kasih kerana dalam tempoh yang singkat ini aku telah pelajari banyak benda dari kamu .. aku mengenal apa itu cinta yang matang .. apa itu cinta pengorbanan.. 

ya dalam hati kamu masih mencintai kekasih kamu kan... dia lebih penting dalam hati kamu dan hidup kamu akn.. kini aku telah saksikan dia perlukan kamu.. ya aku juga perlukan kamu tapi cinta kamu pada dia lebih dalam dari kamu mencintai dengan saya .. hati ku kuat dan bertahan supaya aku tidak menitis air mata ini buat kamu kerana aku tidak layak .. buat lah diri mu macam biasa.. jangan anggap diri kamu tekanan sangat ok.. i will get my best to forget u ... sorry ... biar lah kenangan itu kunci buat sementara.. biar lah kenangan itu lama lama simpan ...

Thursday, August 23, 2012

sakit , kerana cinta






indah dalam sebuah ikatan percinataan.. tapi kenapa nak mengakhiri dengan perpisahan dan membawa air mata pergi jauh dari dia .. kenapa sebagai gadis tidak boleh menahan kesakitan di dalam hati .. kenapa ini mahu dijadikan kelemahan seseorang yang bergelar wanita...air mata mengalir kerana diri kita mencintai dengan dia dan tidak sampai hati nak tinggalkan begitu sahaja ... apa salah ku kalau aku menangis kerana kamu apa salah ku kalau aku mencintai kamu .. dan apa salah ku kalau aku pedam perasaan cinta itu ..

aku hanya gadis yang tidak punnya apa apa dan saya tidak layak berada di sisi kamu dan juga mendekati kamu ... hanya melalui sms dan percakapaan di telephone itu sudah cukup membuat aku long distance ... hati ku ingin mendekati kamu tapi aku tidak ada peluang lagi untuk aku mendekati pada kamu ... aku tahu kamu tidak akan menjadi milik ku .. aku hanya sandiwara bagi kamu sahaja ...

bagaimana aku harus nak lupakan kamu , macam mana harus aku benci kamu ... aku tidak dapat nak terusakan perhubungan ini sungguh seksa diri ku sungguh kejam layanan itu .. sering kali aku memujuk hati ku ketika aku rasa sunyi dan sepi malah kamu bergembira dengan dia.. pernah kah kamu menghirau aku .. pernah kah kamu terfikir aku kah .. aku tidak pernah sesekali unutk luahkan apa yang saya pedam selama ini.. kerana aku sedar siapa diri ku sebenarnya...

kalau aku di beri peluang sekali lagi aku tidak akan memilih kamu .. kerana aku tidak mahu merosakkan hubungan kamu yang baik dengan gadis yang bakal menjadi isteri kamu ...ya aku jujur aku mencinta kamu tapi demi aku cintai kamu aku ingin kamu hidup bahagia ... aku akan mendoakan kamu bahagia dan aku akan cuba untuk lupakan kamu dalam masa yang singkat ini ...

aku tidak berani nak teruskan jalan ini dan terus menuju ke depan.. malah aku juga tidak mahu menoleh ke belakang .. kalau diri ku toreh ke belakang maka aku akan kembali ingat kamu maka rindu itu akan menjadi jadi keapda saya ...keanapa hubungan kita menjadi sulit betul .. kenapa hubungan kami sekarang menjadi retak sudah .. kenapa hati aku yang rasa sakit dan kecewa sekarang ...

aku sering nantikan kamu .. tapi dengan alasan yang sama " sibuk " aku sabar semua itu kalau diberi alasan yang sama .. tidak ada makna bagi saya untuk saya berada di sisi kamu .. kini aku akan pergi dari kamu .. aku akan tinggalkan kamu .. lupakan saya .. kerana aku seorang yang perosak dalam hubungan kamu dan aku yang pihak yang ketiga.. kini biar lah aku pergi .. biar diri ku yang menanggung kepedihan dan kesakitan itu .. dan kamu harus menikmati keindahan percintaan kamu itu ..

anggap ini hukuma saya.. anggap ini penderitaan yang saya tanggung hanya satu pengajaran .. harap hukuman ini dapat sedarkan diri ku supaya tidak akan mengulang lagi ... terima kasih selama ini kamu menjaga diri ku .. aku cukup rasa bersyukur ada apa pada saya .. kenangan itu izinkan aku menyimpan di dalam hati aku dan izinkan aku kunci kenangan itu ..

Sunday, August 12, 2012

cinta ku hilang

begini lah erti sebuah percintaan .. kadang kadang ingin kita memiliki ... kenapa sungguh kejam dalam sebuah percintaan ini .. kenapa setiap kali orang tangisi kerana cinta . menangis kerana mengakhir sebuah cinta yang pernah menjadi mimpi dan pernah menjadi sebuah cinta tidak boleh aku lupakan .. tapi sekarang harus kah aku lupakan kamu dalam setiap detik detik kita pernah bersama ...memori kita berdua harus kan aku hapuskan atau harus aku simpan dalam hati ku ini ... 

bila kamu pergi dan tinggalkan aku seorang maka aku hanya mampu berdiri dan melihat kamu pergi dan tinggalkan aku seorang diri .. betapa pedih dan perit hati itu merasa tapi apa daya ku untuk panggil kamu jangan tinggalkan aku .. apa hak ku untuk membuat semua itu .. aku muncul dalam hidup kamu hanya satu hiasan sahaja hanya seorang teman kawan kamu sahaja .. kamu tidak pernah sesekali untuk anggap aku seorang gadis pujaan hati kamu , seorang yang boleh mencuri hati kamu .. dan seorang yang boleh sandar bahu kamu ... inign aku menjadi puteri kamu dan aku ingin kamu menjadi putera saya ... 

mampu kah hati ku akan jadi tabah kembali kah .. mampu kah kamu akan hilang dalam ingatan saya kah .. mampu kah aku akan lupakan kamu dalam masa yang terdekat ini.. mampu kah kalau kamu muncul di depan mata ku dan aku tidak akan mengalir setitis air mata ... di sini aku beritahu pada kamu .. aku tidak mampu untuk lakukan semua itu .. macam mana hati ku menjadi tabah sedangkan bayangan kamu masih ada dalam hati aku ... macam mana aku nak hilang ingatan sedangkan aku kenangan tersemat dalam hati ku ... macam mana saya nak lupakan kamu dalam masa yang terdekat sedangkan aku sering rindu pada kamu ...macam mana aku tidak tangisi sedangkan hati aku luka , hati aku pedih , hati aku sakit ... 

bila kamu tidak membalas sms ku maka hati ku mula risau kamu dan juga mula takut kehilangan kamu .. tapi aku tahu siapa diri ku sebenarnya bagi kamu ... tidak ada makna pun bagi kamu .. aku hanya gadis yang tidak memiliki apa apa pun ... aku doa kamu bahagia itu sahaja yang mampu untuk aku mengucap walau hati tidak rela .. tapi aku terpaksa diri ku .... hati kamu tidak akan menjadi milik ku .....anggap lah aku yang tepuk sebelah tangan ... walau hati ingin katakan aku mencintai kamu dan jangan pernah tinggalkan aku seorang diri ini ... kini kamu telah tinggalkan aku begitu dan pergi tanpa sebab... 

mungkin kamu tidak pernah merasa macam mana hati seseorang manusia rapuh .. kini hati ku rapuh dan retak kerana diri ku tidak boleh lupakan kamu begitu sahaja.. kamu masih ada di dalam hati ku walau nama kamu yang tinggal ... kini aku pulangkan hati itu kepada kamu .. serah lah hati kamu kepada puteri kamu yang sebenarnya ... jadi lah seorang putera ... putera dan puteri baru pasangan yang ditakdirkan ....andai kamu dah khawin maka aku akan doa kamu bahagia ...