my background

Tuesday, March 27, 2012

renungkan bersama


indah dalam sebuah percintaan , kenapa indah itu harus ganti dengan titisan air mata yang mengalir ke pipi ... saat itu keindahan datang hanya untuk seketika .. maka keindahan itu akan tinggalkan kami masa yang akan datang ... adakah ini dinamakan tidak ada jodoh di antara kami berdua ?

kadang kadang cinta ini sukar untuk kita tasirkan dan huraikan dan juga untuk memahami .. orang kata mencintai orang itu harus ada kepercayaan dan juga kejujuran antara sama lain...
aku selalu fikir tentang persoalan ini ? bukan setiap orang lakukan itu ..bukan semua orang percaya pada orang yang kita cintai dalam seratus peratus dan sempurna ... memang sukar untuk menerima cinta yang tidak mengundang .. tapi angin yang tiup menghampiri kita maka tidak dapat kami untuk berdalih lagi .. ini kah namanya jodoh juga ...

bagi orang yang masih dengan status bujang selalu tanya tunggu jodoh .. jodoh tidak akan datang ke mari dan dekati kita kalau kita tidak membuka hati dan tidak mencari pasangan pilihan kita .. kena cuba dahulu sama ada itu jodoh atau hanya satu cubaan untuk kita ...hati manusia ini lemah dan mudah rapuh apa lagi bagi kaum perempuan yang putus cinta ....

kenapa aku harus menjalani perjalanan yang sepi ini dan sunyi ini.. kenapa aku harus bersendirian .. kenapa diri ku tidak rasa bahagia .. kenapa diri ku tidak boleh memilik kebahagia dari seorang insan yang boleh membuka pintu hati ku yang kian lama tertutup sudah .. kenapa kamu tidak membuka dan merawat hati ku yang sedang merana dan sedang sakit rasa itu.....

betapa jauh betul di sudut hati aku ini untuk menantikan kemuculan kamu untuk merawat hati ku ini.. saat aku ingin lupakan kamu maka dengan keberanian kamu menghampiri aku dan melayan aku dengan baik baik .. seandainya kamu bukan jodoh ku boleh kah kamu jangan muncul di depan mata ku kerana aku tidak mahu lagi pedam rasa rindu ini ....

ya bagi orang yang sedang bercinta itu kadang kadang akan lupa juga sahabat yang lama telah terjalin.. ada kekasih dah lupa kawan .. bagi saya , saya tidak akan simpan dalam hati dia .. biar sejahat mana kamu . kamu tetap juga sahabat aku yang telah diberi oleh tuhan .. mugkin kadang kadang kamu masih memerlukan aku , maka aku sedia untuk menjadi pendengar kamu ... hanya itu saya mampu lakukan buat kamu ....

sejujurnya aku memang sudah lupa kamu .. walaupun kamu pernah bertaktad di hati ku sebagai seorang yang rapat .. kini aku memang dah lupa kamu .. kini aku mula lepaskan kamu .. pergi lah buat apa yang kamu suka ... kehilangan kamu bagi saya bukan masalah yang besar .. walau kamu telah lupa siapa diri .. maka aku juga akan buat demikian .. ini bukan balas dendam tapi merasa ...

aku hanya seorang insan yang biasa tidak memiliki apa apa .. tapi aku masih ada hati yang suci dan mudah menjadi hancur hati ku .. kini aku belajar dari segalanya .. aku menangis bukan kerana kamu tinggalkan aku tapi aku menangis kerana aku berjaya untuk izinkan kamu pergi ....wahai hati ku dengar lah bisik hati ku ini .. dengar lah dan fahami kecil hati ku ini.. andai kamu jodoh ku .. ke mana aku pergi maka kamu ada nantikan sampai aku menerima kamu ....

kerana hati aku masih belum lagi mengenal apa itu cinta sebenarnya ... biar fikiran matang pun tetap aku belum mengenal cinta .. cinta banyak jenis .. kena teliti dahulu sebelum melangkah ke alam percintaan itu ... kena tabah untuk menghadapi soal cinta ini .. kena hati dahulu dan cuba memahami lebih baru lah menjalin percintaan itu

sebelum mencintai sesama manusia .. cintai diri sendiri dahulu .. jangan terburu buru untuk memiliki hati sesama manusia .. cinta ingat .. cinta hanya wujud seketika sahaja ... takdir yang tentukan kita .. andai kamu ditakdirkan untuk aku maka aku akan cuba memahami hati kamu dan memahami diri kamu ... kalau kita ditakdirkan tidak bersama .. kita harus pasrah dan redha dengan semua ini .. mungkin di sebalikanya ada hikmahnya ....

titipkan setiap butir doa kita .. buka mata dan hati untuk melihat sejauh mana cinta itu kita miliki... cinta pada kamu hanya Tuhan yang tentukan ... berkenalan hanya satu singgahan sahaja ... kerana tidak akan lama kamu jadi singgahan dalam hati aku .. tumpang lah kasih kamu tunpang lah cinta kamu tapi beri lah masa untuk aku fahami semua itu ...belajar dulu sebelum menaruh perasaan cinta itu ....

Saturday, March 17, 2012

akhiri jalan cerita



jauh di sudut hati ku ini untuk saksikan kamu pergi dari aku .. saat aku mula bahagia kini akhiri dengan tangisan yang berteman aku ...saat aku kembali ke sisi kamu maka kamu tinggalkan aku seorang di sini .. apa semua ini .. apa hubugan kita yang kian yang tidak pernah menjalinkan ... kenapa kejam sungguh kamu tinggalkan aku seorang diri di sini ....apa erti hubungan kita lagi ...

lafazkan kita putus katakan kita tamat hubungan kita yang tidak pernah terjalin ini .. hentikan semua kata kata yang manis itu.. hentikan untuk menyebut aku cinta pada kamu .. kerana tidak ada lagi perkataan itu yang wujud .. hentikan .. hubugan kita bagai sebuah jalan cerita ...

dalam cerita ini ada pelbagai cara untuk tulisan kan.. dari kita macam mana nak lengkapkan jalan cerita ini .. harus kan akhir cerita kena tamatkan akhir dengan tagisan , sebuah jalan cerita ini penuh dengan lika liku , penuh dengan perasaan dan juga penuh dengan kenangan .. kenapa kita tidak boleh lengkapkan jalan cerita ini kita berdua .. saat aku bahagia maka kamu pergi dari aku .. saat aku kuat untuk hadapi tapi kamu kata teruskan perjuagan kamu ...

kata kata kamu sungguh binasa telah merancui hati ku ..kamu masih ingat betapa indah kamu lafazkan kata kata sayang kepada aku , betapa indah bila kamu berada di sisi ku betapa mulia aku bila kamu memuji aku betapa tersentuh hati ku bila kamu mengambil berat dengan saya .. tapi kenapa kamu menguji aku sebegini .. kenapa kamu nak hancurkan hati ku yang kian lama sudah pulih kembali.. apa yang kamu mahu dari saya ... katakan kepada aku ....

apa salah dan silap ku sehingga kamu mahu menghukum aku begitu .. kalau kamu tidak pernah mencintai dengan aku kenapa kamu mahu muncul di dalam hidup ku dan muncul di dalam mimpi ku juga .. ini cukup seksa untuk aku ... walau cinta ku dengan kamu tidak akan kecapai .. kini kamu datang untuk hancurkan hati ku .. sungguh kejam kamu ....

aku tidak akan kalah dalam cinta ini .. kini aku mengakhiri dengan tititsan air mata.. setiap titisan air mata bermakna untuk kamu . kamu tinggalkan aku maka kamu mahu aku belajar untuk mengenal erti cinta ini .. ya akan saya buktikan pada kamu .. saya tidak akan tunduk kalah dengan cinta ini ..hidup dan jalan cerita ini sebenarnya sudah tamat .. tidak ada sudah jalan cerita ini lagi .. cukup lah kamu membuat aku derita dan juga seksa ...

Saturday, March 10, 2012

i miss u

perkataan rindu ini apa sebenarnya ? apa makna dan apa erti ini tentang perkataan ini .. bukan kah rindu ini banyak makna dan juga erti .. bila aku teringat insan itu boleh dikatakan rindu pada dia ...bukan mudah untuk lepaskan rasa rindu ini.. sulit betul untuk lepasakan rindu ini pada insan yang aku kenang selama ini ....

walaupun aku tidak akan menjadi milik dia .. kerana dia mempunyai hidup yang bahagia.. tapi aku harus lupakan dengan dia .. aku sudah mula untuk belajar lupa pada dia .. tapi sukar untuk aku melalukan .. setiap malam aku pejam mata , bayangan dia akan muncul dalam mimpi ku ini .. kenapa aku harus hadapi ini .. apa salah silap ku sehingga menghukum aku macam itu ....

mulut mampu untuk katakan lupakan dengan dia , tapi hati tidak sampai hati nak padam nama dia yang pernah terukir di dalam hati ini ... hati ku masih simpan nama kamu masih simpan dalam bayangan kamu . kamu yang membuat aku gila untuk merindui kamu ... sukar untuk aku lepaskan tangan ku dan sukar untuk aku lupakan kamu ... betul betul sakit aku dibuat oleh kamu

aku masih pening untuk fikir apa hubungan kita sebenarnya ... hubungan kita bagai renggang sudah ? kamu anggap aku kawan , atau pun bahan mainan kamu ...aku ingin tahu siapa yang ada dalam hati kamu .. tapi aku sudah tahu jawapan dari kamu sebenarnya....dalam hubungan cinta ini harus wujud kepercayaan dan juga kejujuran .. tanpa kepercayaan dan kejujuran sukar untuk meneruskan hubungan ini ...

berapa lama aku nantikan kamu untuk lafazkan kata kata cinta kamu , tapi kamu tidak tunaikan untuk saya ... kenapa kamu tidak pernah tanya tentang saya , kenapa kamu tidak caring me , tapi kenapa kamu tidak lepaskan aku ... waktu kamu dengan gadis itu. pernah kamu fikir macam mana perasaan ku .. pernah kamu terfikir aku telah dilukai oleh kamu .. hati ku telah terguris oleh kamu .. apa kamu mahu sebenarnya ... apa kamu mahu dari saya sebenarnya ....

cukup lah kamu berada di dalam hidup ku ini .. berikan aku masa untuk berfikir dan juga berehat .. hati ku cukup sakit dan terseksa buat kamu .. berikan aku ruang untuk bernafas sekali lagi .. tolong lah jangan ambil kisah ku lagi .. aku ada dengan hidup ku dan kamu ada dengan hidup kamu ... cukup lah.. dan hentikan sahaja ... aku sudah tidak larat ... cukup lah...biar hubungan kita leraikan begitu sahaja..


Tuesday, March 6, 2012

hati ku masih ada sisa buat mu


kenapa sakit betul rasa hati ini , kenapa pedih betul rasa di hati ini .. pernahkah dia memahami apa yang aku inginkan selama ini ...

kenapa jauh betul rasa sudut hati ku ini.. kenapa setiap kali kamu datang untuk menghampiri aku dan kenapa aku mencintai dengan kamu yang tidak pernah aku milik kamu ...

aku sudah berusaha untuk lupakan kamu di dalam hidup ku , tapi kenapa kamu mahu hidupkan cahaya untuk menerangi aku waktu aku bersendirian ...

berikan aku ruang untuk aku sisip dalam hati kamu .. kenapa aku yang harus kamu memilik kenapa aku harus menanggung segala kesedihan ku ini dan setiap kali hati rasa sakit ,begini lah kalau bercinta ... bila berjauhan hati rasa rindu dan ingin jumpa dengan dia .. sebelum tidur kena dengar dulu suara dia .. apa kuasa cinta sebenarnya ....

bukan mudah kalau sudah ada perasaan suka itu , aku sudah berusaha untuk kuatkan hati ku yang sering diluka .. aku cukup bertahan untuk mengalir setitisan air mata untuk kamu .. aku cukup penat untuk menahan segala itu .. aku tidak larat lagi nak berdepan dengan kamu ...

bila kamu tengok aku hati aku rasa tidak sedap hati , kenapa kamu nak buat macam itu kenapa tidak mahu jarakan antara kita berdua .kenapa nak layan aku begitu baik ...ya jujur aku beritahu kamu aku dah jatuh cinta pada kamu buat kali yang ke 2 .. kerana kali ini aku merasa hubungan aku dengan kamu makin rapat tanpa segan silu bila berjumpa ...

tapi buat kali yang ke 2 boleh kah kamu jangan hancurkan hati aku lagi .. bila aku jumpa kamu aku ingin peluk kamu untuk lepaskan rindu aku di dalam benak hati ku ...dulu kamu tidak pernah ambil berat tentang saya tapi kini kamu memberi aku satu keselesaan ketika kamu menetap di sisi ku ...

walaupun kamu tidak akan jadi milik ku , macam mana aku berusaha aku tetap akan sakit dan luka di hati , hari ini kamu beri aku manis tapi kamu boleh janji kamu akan berikan aku senyuman setiap hari dan sepanjang masa ...kamu kata akan cintai aku selama lamanya tapi bukan dari hati kamu untuk beritahu aku ....

berikan aku setiap hari unutk memandang kamu biar dari jauh di sudut hati ku .. berikan aku peluang untuk menetap di dalam hati mu biar di mana mana kamu hendak simpan aku kerana aku inign berada di sisi mu .. berikan aku peluang untuk luahakan isi hati ku yang kian lama tersimpan ....

seandainya aku bukan milik mu izinkan aku berada di sisi mu dan menjaga pada kamu , kehilangan kamu bereti aku akan kehilangan seorang insan yang berharga di dalam hati ku .. betapa sakit hati ku kamu melukai tapi aku tunjukan pada kamu aku masih kuat untuk menghadapi ... aku ingin menyatakan bahawa aku telah jatuh cinta dengan kamu buat kali ke 2

Monday, March 5, 2012

persahabatan aku dengan mereka


persahabatan ke mana aku harus mencari sebenarnya .. kadang kadang aku terlepas di depan dan di sisi ku sebenarnya Tuhan telah lengkapkan aku 2 sahabat yang baik kepada aku cuma aku tidak sekilas untuk memandang .. malah tertumpu pada seorang kawan yang tidak pernah anggap aku nie kawan dia .. boleh dikatakan kacang di lupakan kulit ...

aku anggap dia sebagai adik ku sendiri rupanya hanya satu lakonan sahaja .. mungkin dia hanya anggap aku insan yang biasa aje atau dia memang memillih kawan .. biasa lah kalau orang dah famous sudah mesti akan pandang tinggi dengan sesama manusia ...walau aku tidak seberapa rapat dengan gadis itu .. tapi aku fikir aku selesa untuk berkawan dengan dia .. rupannya dia datang untuk luka hati aku aje .. banyak benda aku pelajari dari dia ..

orang sibuk ini tidak suka orang kacau pula .. ini lah alasan dia .. sudah jemur aku dengar .. makin hari makin membuat aku benci dengan dia apa lagi tengok muka dia mahu muak sudah .. dan bosan .. kerana muka talam boleh dikatakan .. alasan sibuk konon.. kalau sms dari bf wah sibuk terus hilang nie .. adeh .. begini lah sibuk dia .. bagi ting tidak lah aku kisah sangat sama dia .. dia nak buat apa .. ikut suka hati dia aje .. aku tidak akan hirau dia lagi ...

aku anggap dia adik sendiri kini apa ku dapat.. cukup sakit hati aku dibuat oleh kamu .. aku nie tidak layak jadi kawan kamu kalau orang sudah jadi popular .. aku nie siapa kena lah sedar diri .. orang nie cantik nampak sopan santu , suara lembut... semua lah .. malaj milik juga hati yang baik konon...

kamu yang buat aku benci kamu .. kini terbaik untuk kita berdua ada haluan diri sendiri .. aku harus jarakkan kamu .. kamu berada di depan mata aku .. aku pun harus cari lubang untuk tutup muka ku yang malu ini .. cukup malu ... ya aku telah kehilangan kamu tapi Tuhan telah kurniakan aku 2 orang sahabat.. walau lain agama ...

sekurangnya mereka tidak akan memilih kawan dan juga tidak akan lupa pada kawan ... aku suka kawan begini tidak kira siapa diri kita .. kawan tidak kira kaya , miskin , cantik , hodoh dan agama juga .. mungkin kamu kisah .. but aku tidak kisah siapa pun aku juga akan berkawan biar orang itu miskin macam mana pun .. aku tetap jadikan dia kawan saya ...

diana dan juga nor terima kasih pada kamu .. kerana kamu 2 hadir di dalam hidup ku dan ceriakan hidup ku .. terima kasih banyak banyak.. saat aku muram kamu akan tanya ok juga kau ..terima kasih kerana memahami apa hati aku perlukan saat aku muram .. kamu telah berusaha untuk hiburkan hati ku sehingga aku boleh lupa muram itu ...

terima kasih kerana sudi jadi kawan ku di hayat yang akan datang juga .. selagi kita ada umur yang panjang .. persabahatan kita akan kekal hingga ke akhir hayat.. terima kasih kerana kamu memberi aku peluang untuk mengenal kamu .. aku tidak rasa kesal sekali pun kerana insan itu tinggalkan aku dan tidak berkawan dengan aku .. terima kasih ...