my background

Tuesday, November 8, 2011

luahan hati ku

apa itu cinta , apa itu rindu , apa itu benci , apa itu tangisan dan apa sebenarnya diri kita mahukan?
hati manusia ini hanya mempunyai sekeping hati sahaja .. yang sekeping hati ku kena lah mencari sendiri ... cinta itu banyak cabang.. cinta pada Tuhan , cinta pada kawan , cinta pada keluarga , cinta pada pasangan ..kadang kadang ramai orang suka ucap aku cinta pada kamu selama lamanya .. itu cuma pujukkan hati buat kamu dan sedapkan hati kamu ...bagi orang yang belum mengenal sangat apa itu cinta ? lelaki katakan pada kamu aku cinta kamu terus kamu cinta dengan dia juga .. mungkin dia cinta kamu sebagai sahabat.. sahabat juga boleh wujud perasaan cinta betul tak ? tapi diri ku juga yang silap untuk langkah lalu terjatuh dalam perangkap cinta ini ..kenapa ? kita sudah tahu dia sudah di miliki kenapa hati dan mulut tetap sebut perkataan cinta itu ..

setiap kali dia memberi aku cahaya yang baru dan membuka pintu hati ku tapi waktu yang sama dan hari yang sama dia akan melukai hati kita tanpa kita sedari ...mungkin aku tidak sebaik macam dia , tidak secantik macam dia tidak sesihat macam dia , tidak semanis macam dia .. tapi aku kena beritahu pada kamu apa dia miliki dan apa aku miliki semua telah di beri oleh Tuhan .. ya mungkin di hayat ini dia akan merasa secantik , sihat dan semanis yang dia miliki tapi itu hanya seketika dia miliki semua ini .. kebahagiaan juga hanya untuk setika untuk dia miliki...

di hayat ini aku tidak memiliki apa apa tapi aku milik di akhir hayat ku akan datang ..aku akan menantikan kebahagiaan ku juga.. mungkin aku dengan kamu bukan ditkadirkan jodoh di alam manusia ini dan hayat ini.. tapi aku dijodohkan dengan mu pada hayat yang akan datang Amen ...ku tidak pernah berhenti untuk mencintai kamu .. tidak pernah rasa penat ketika bersama mu .. tapi ku ingin beritahu dengan kamu .. tangan aku kena lepaskan juga .. dan harus ku tamatkan perjalanan cinta kita yang terjalin kian lama sudah ...kerana aku sedar kamu tidak boleh memiliki 2 hati ... lebih baik aku yang berundur kerana aku tidak mahu dia lebih sakit lepaskan kamu dan ikut aku.. sudah bertahun kamu berumah tanggan aku tidak mahu kerana ini dihancurkan oleh diri ku ..

aku tidak macam dia sihat , diri ku nie penuh dengan sakit tapi aku sabar untuk meniti hidup ku selalu . aku tidak mahu kamu kasihan saya kerana diri ku tidak berbaloi untuk kamu kasihan kan saya ... apa yang aku miliki aku akur pada hidup .. ku tidak pernah berhenti untuk berdoa .. mungkin suatu hari diri ku juga akan macam dia .. hayat ku semua akan ku serah kepada mu Tuhan .. biar lah Tuhan yang atur hidup mati ku ini...

rindu , apa itu erti rindu .. rindu juga banyak cabang.. dari kita sendiri untuk menilai juga rindu pada apa ? tapi kebanyakan rindu pada kekasih dan juga orang yang kamu rindui ...! sejujur ku katakan aku memang rindu pada kamu setiap hari aku rindu kamu .. mungkin kamu tidak rasa betapa susah kalau menanggung kerinduian ini..! betapa susah pun aku tetap akan kecapi juga .. kerana aku mahu bukitkan bahawa aku pun kamu sangkakan aku hanya memainkan kamu .. aku tahu setiap dugaan Tuhan akan menolong aku dan selalu berada di samping ku .. Amen ...

kadang kadang air mata akan mengalir kerana diri kita sendiri dilukai .. kadang kadang hati turut akan sedih juga .. kenapa waktu kita mengalir air mata dia tidak pinjamkan bahu untuk kita sandarkan untuk seketika ..kenapa dia mahu buat macam itu. kita menangis sedangkan dia bergembira dengan pasangan dia .. kalau kamu tidak mencintai aku lagi tolong lah lepaskan aku pergi dan tolong jangan kurung aku lagi di dalam hati kamu .. kerana aku tidak sampai hati di dalam hati kamu kena bertinggal 2 hati .. cukup lah satu hati kamu miliki .. tolong let me out .. jangan menangis kalau aku pergi tanpa berkata apa apa