my background

Thursday, January 12, 2012

my sharing ...

kehidupan menjadi sibuk kembali .. sibuk dengan berdoa untuk diri , sibuk dengan study , sibuk dengan learning , sibuk dengan kanak kanak dan sibuk macam macam...alpha tidak lama akan bermula .. adakah aku diberi peluang untuk membawa kawan untuk mengenal tentang Yesus.. mula dari sekarang aku harus berdoa untuk diri ku dan juga semua orang akan menyertai alpha ini.. mudah mudahan mereka yang belum mengenal Yesus dan ini lah peluang untuk kita membawa kawan kawan kita sertai dengan kami dalam alpha ...berjuta juta orang di dunia ini tapi kebanyakkan orang tidak mengenal Yesus ...

aku mula mengenal Yesus bila umur ku 12 tahun .. masa itu saya mengikuti alpha dan saya di dibapstim pada tahun 2005 .. manakala tahun 2011 baru saya conformation .. Terima kasih kerana sentuh hati ku terima kasih Tuhan kerana memberi aku peluang untuk mengenal Tuhan .. dalam jangka yang panjang mesti kamu semua rasa hairan kenapa aku tahun 2011 baru conformation .. saya telah dibapstim dan saya telah tinggalkan Yesus selama 7 tahun .. tidak pernah saya jejaki ke dalam gereja untuk sembayang ...

tapi Tuhan telah sentuh hati ku dan kini aku menjadi anak Tuhan ..Amen ...kerana berapa halangan dan dugaan kini aku telah berjaya menghabiskan alpha ini.. terima kasih Tuhan sentiasa berada di sisi ku..dan kini aku telah belajar memberi sumbagan terhadap Tuhan Yesus .. aku akan sumbang semua tenaga saya .. saya akan habiskan masa dengan membuat benda yang berfaedah.. kini aku telah memilih menjadi sunday school teacher ..

dalam masa aku menjadi sunday school teacher .. Tuhan pinjam budak budak kecil untuk sentuh hati ku ...terima kasih Tuhan .. aku Tuhan mencintai saya .. dan saya akan menaruh semua kasih sayang kepada budak budak kecil .. bila aku diberi peluang untuk mengenal budak kecil.. sebenarnya budak kecil kena memberi kasih sayang yang lebih .. kena mencintai mereka ... begitu juga Tuhan mencintai kami ... aku harus bersyukur ada apa pada diri saya .. saya harus menghargai semua itu .. pemberian Tuhan tidak pernah aku merungut ...

kini aku telah belajar untuk berdoa agar aku pandai berdoa dalam apa halangan dan dugaan yang datang untuk menghampiri aku ...waktu aku menangis aku tahun Tuhan sedang merasa kesedihan saya .. terima kasih Tuhan .. walaupun aku masuh dalam kegelapan tapi aku tahu Tuhan sedang nyala kan lampu untuk aku keluar dalam kegelapan ini dan peluk aku masa aku dalam kesejukan ... terima kasih Tuhan .. aku mencintai mu Yesus ...

mungkin ini masa aku harus belajar untuk bangkit diri ku dan mahu jadi kuat .. Tuhan telah menanggung segala dosa dosa kami di atas kayu salib.. dengan sekali membayar semua dosa kami dengan darah Yesus ... terima kasih Yesus kerana membayar semua dosa kami di atas kayu salib .. dalam alkitab Yesus pernah menyatakan bahawa .. siapa mahu mengikut Yesus harus memikul kayu salib dan menanggung segala kesakitan yang Yesus alami .. kalau bagi sesiapa tidak mahu memikul Salib itu maka dia akan berdosa ...

walaupun aku belum sekuat hati untuk menghadapi semua kesakitan itu.. tapi aku akan berdoa untuk diri ku agar aku akan bersedia untuk menanggung kesakitan yang Yesus menanggung ..di mana aku sedih di situ lah Yesus mengubati aku .. aku akan berdoa agar aku diberi peluang lagi untuk sertai alpha course ini .. kerana ia akan membantu kami semua untuk mengenal Yesus lebih dalam ..Yesus datang lah kepada ku kerana aku tahu Yesus akan sentuh hati ku .. aku ingin mati atas nama mu Yesus .. aku akan bersedia untuk Roh kudus datang untuk berkerja dengan saya ... datang lah ...aku sudah bersedia ...

kadang kadang ramai orang tanya aku yang belum mengenal Yesus.. mereka tanya .. quennie awak suruh saya berdoa dan bercakap dengan papa di atas .. kenapa doa saya tidak akan menjadi kenyataan .. bohong kamu quennie ... aku tidak percaya ada wujud Yesus dalam dunia ini semua tipu punnya ..walaupuan aku dengar kata kata dia seakana diri ku dihina begitu juga nama Yesus telah dihina oleh kawan saya .. tapi aku berdoa agar dia akan membuat hati dia dan menerima Yesus .. aku tidak henti untuk berdoa . tapi terima kasih pada Tuhan kerana sudah sentuh hati kawan queenie lalu kawan queenie telah percaya pada Yesus ...

apa kita doa bukan cepat untuk ditunaikan .. kerana Tuhan sedang menguji kita sama ada kita seorang yang sabar atau tidak .. kalau kita percaya pada Tuhan pasti akan ditunaikan oleh Tuhan tetapi tidak tahu berapa lama akan ditunaikan mungkin setahun , sehari atau sebulan sukar untuk kita meramal kerana kita bukan Tuhan dan kita hanya insan yang biasa sahaja .. tidak ada kuasa untuk menghakimi orang ... bila kita mempercayai Tuhan maka kita akan lari dari syaitan dan kamu fikir syaitan tidak akan datang untuk meleraikan hubungan kita dengan Yesus..aku salah seorang telah diuji oleh syaitan .. kuasa syaitan memang kuat .. hanya Yesus dapat selamatakan kami.. iaitu berdoa pada Tuhan ...

bila aku sudah jadi anak Tuhan aku asyik dikacau oleh devil .. macam macam benda boleh berlaku sehinggan diri ku lemah untuk melawan .. paling membuat hati ku sakit adalah cinta ...kerana evil tahu aku punnya kelemahan adalah putus cinta .. kini aku diuji sehingga diri ku lemah betul bila aku dilukai .. tapi aku doa .. Yesus wujud seorang insan adalah sayangi aku dan mencintai aku begitu juga dengan diri ku sayangi dia dan mencintai dengan dia .. tapi syaitan datang untuk pisahkan aku dengan dia .. aku sedar ini ujian dari syaitan ...

maka sampai sekarang aku tidak pernah berhenti untuk berdoa kerana aku tahu aki dengan kamu ditakdirkan bersama .. sekuat mana syaitan datang untuk menghampiri aku .. maka aku akan kuat untuk melawan sampai mati ..jadi di mana aku jatuh di situ aku harus berdiri dan terus kan perjalanan ku yang penuh dengan darah dan air mata ... dalam alkitab menyatakan jangan membenci musuh kita .. malah kita harus mendaokan musuh kita ...jangan sesekali mengharap pembalasan dari orang lain kalau kita ikhlas untuk menolong ...

kehidupan dan nyawa kita semua di atas tangan Tuhan selagi kerja kita belum selesai selagi situ lah kita tidak dapat balik ke atas syurga ...kita harus selesai dahulu kerja Tuhan sebelum kita pulang ke syurga .. ^^ aku harap tahun ini aku akan membawa kawan lagi datang untuk sertai alpha course.. mudah mudahan mereka akan tersentuh oleh Roh Kudus .. ok lah masa tidak mengizinkan saya untuk teruskan sharing .. tanpa membuang masa aku ingin mengundur diri dan aku ingin mengucap selamat malam .. terima kasih kepada kamu kerana mengambil masa untuk membaca blog saya ..



~ writen by ~
Quennie